Status|Testimoni|Blog|Aksesori Wanita   Baru

Selamat Datang Ke Website Terus Teguh Enterprise  |  Terus Teguh Bersama Islam

Dasar Privasi Syarikat

......................................................................................................................................................................................................................................................

Tarikh Kuat Kuasa 12 Januari 2010

 

Segala maklumat rahsia dan kepercayaan yang anda berikan amat penting bagi kami. Kam tidak akan dedahkan sebarang maklumat kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan keizinan dari anda melainkan ianya berkaitan dengan kesalahan undang-undang. Maklumat hanya akan diberikan kepada pihak yang berkuasa. Dasar ini akan menerangkan tentang segala yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda

 

Adakah TerusTeguh.Com Akan Membuat Perubahan Privasi?

 

Kami akan membuat perubahan dasar privasi dalam semasa ke semasa bergantung kepada keadaan semasa itu. kami akan maklumkan kepada anda jika kami membuat sebarang perubahan melalui e-mail, telefon atau menghantar surat kepada anda. Sebarang perubahan tidak akan dilakukan tanpa pengetahuan dari anda.

 

Bagaimanakah Kami Mendapatkan maklumat Peribadi Anda?

 

Kami mendapatkan maklumat peribadi terus daripada anda tanpa orang tengah. Ianya akan diminta setelah anda bersetuju untuk menempah daripada kami ataupun anda mengisi borang pertanyaan dibahagian hubungi.

 

Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Terus Teguh Enterprise Perlukan?

 

Antara maklumat peribadi yang kami perlukan adalah seperti Nama Penuh, Alamat, No Tel, No Akaun Bank anda dan sebagainya. Tertakluk kepada keperluan pada masa itu.

 

Bagaimanakah Terus teguh Enterprise Menggunakan Maklumat Peribadi Kami?

 

Maklumat peribadi yang anda berikan akan digunakan hanya bertujuan untuk penghantaran, maklumat tempahan serta promosi syarikat. Kami tidak akan membenarkan mana-mana syarikat lain untuk mendapatkan maklumat dari anda tanpa meminta kebenaran dari anda. Selain itu maklumat tersebut juga digunakan bagi memudahkan kami untuk menghubungi anda jika diperlukan.

 

Bagaimanakah Dengan Maklumat peribadi Kanak-Kanak?

 

Kami tidak menggalakkan kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah untuk berurusan dengan kami, jika anda berumur 17 tahun dan ke bawah serta mahu berurusan dengan kami, anda perlu meminta kebenaran penjaga anda yang berumur 17 tahun dan ke atas untuk berurusan dengan kami. Ini memudahkan kami untuk berhubung dan memberi maklumat yang tepat kepada anda.

 

Bagaimanakan terusteguh.com Menyimpan Maklumat Kami?

 

Kami menyimpan maklumat anda dengan menggunakan sistem oflfine, jadi peratus hacker untuk mendapatkan maklumat peribadi anda dengan cara yang salah adalah sangat tipis.

 

Bolehkah Kami Meminta Untuk Dipadamkan Maklumat Peribadi Kami?

 

Ya, sudah tentu boleh, kami hanya akan gunakan maklumat tersebut jika anda ingin menempah dari kami, dan selepas itu anda boleh meminta kami untuk memadamkan maklumat tersebut

 

......................................................................................................................................................................................................................................................

 

 
  Pembayaran:  

     
  Penghantaran:    
 

Segala bentuk pembayaran dan penghantaran akan menggunakan servis-servis dari syarikat di atas.

  Dasar Privasi  |Profil|Hubungi|Produk|Terma & Syarat
  Segala yang terkandung adalah Hak Cipta Terus Teguh Enterprise 2008-2010
  anda pasti berpuas hati dengan produk serta servis kami
Bookmark and Share